NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 8

3 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

2 – 6 Mac 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 8. Seramai 4 orang peserta mahir masak dan 1 orang peserta mahir foto telah mengikuti kelas atas talian ini. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.

NADI – MAHIR: Mahir Masak Modul 8 – Modul Dessert – Cara membuat cream puff dan krim custard. Kelas ini memberikan pendedahan kepada peserta tentang cara membuat cream puff dan krim custard dengan teknik yang betul. Peserta mempelajari langkah penyediaan doh, cara membakar, serta menghasilkan krim custard yang lembut dan sedap. Kelas dijalankan secara praktikal bersama tenaga pengajar.

NADI – MAHIR: Mahir Foto Modul 7 – Studio Lighting Dalam Fotografi, Teknik2, Tips & Trick Pencahayaan Studio & Sesi Praktikal Potrait, Food & Product Photography. Kelas ini memberikan pendedahan tentang teknik pencahayaan dalam fotografi, termasuk tips dan trik penggunaan lampu studio dengan betul. Peserta turut mengikuti sesi praktikal potret, makanan dan fotografi produk serta menerima tutorial daripada tenaga pengajar berpengalaman bagi meningkatkan kemahiran mengambil gambar dengan lebih kreatif dan berkualiti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali